Harga bitcoin telah jatuh di bawah $10,000 buat kali pertama sejak awal Disember 2017. Menurut Indeks Harga Bitcoin CoinDesk (BPI), nilai matawang digital itu telah mencecah paras harga $9,714.02. Bitcoin mencatatkan harga terakhir di bawah paras $10,000 pada 1 Disember, menurut data BPI.

Bitcoin didagangkan pada $9,737.20, manakala penganalisis pasaran mengatakan bahawa pergerakan harga berada dalam keadaan tidak menentu berikutan perkembangan undang-undang dari Korea Selatan pada baru-baru ini manakala China menunjukkan prestasi bahawa ia mampu mengawal pasaran tersebut. 

Bitcoin mendapat tumpuan umum setelah mengalami  kejatuhan yang signifikan di dalam pasaran matawang digital, menunjukkan kelemahan dan kekurangan liabilitinya terhadap pasaran. Data dari CoinMarketCap menunjukkan bahawa kebanyakan matawang kripto yang menerajui pasaran, mencatat penurunan dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk Ethereum yang telah jatuh di bawah $900.

Data menunjukkan bahawa prestasi terburuk telah ditunjukkan oleh BitConnect, yang telah menjunam lebih daripada 90% berikutan kenyataan bahawa syarikat-syarikat gergasi matawang digital bakal menutup platform dan memansuhkan pinjaman serta pertukarannya disebabkan kritikan dan pengawasan pengawalseliaan global. 

Secara menyeluruh, modal kolektif pasaran matawang kripto telah merosot lebih daripada $200 Bilion sejak semalam.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini