Bitcoin kini berada pada $11,000 setelah mengalami kerugian lebih 1/4 pada dagangan sebelumnya manakala badan perundangan global telah mengeluarkan kenyataan bagi menyekat perkembangan matawang digital ini secara meluas.

Matawang digital ini meningkat 4.7% kepada $11,190 pada jam 10:35 pagi di Hong Kong, pulih beberapa mata setelah  merosot sebanyak 26% pada Selasa. Ripple meningkat 10% manakala Ethereum meningkat kira-kira 6% berikutan peningkatan pesaing yang lain dengan kadar sederhana. 

“Pelabur dan pemegang mawatang digital kini bersedia melepaskan bitcoin mereka”, kata Steven Englanderketua penyelidikan dan strategi di Rafiki Capital, dalam kenyataan pada 16 Januari.

Spekulator di seluruh dunia bergelut untuk menentukan keputusan badan perundangan mengenai kekangan yang bakal diimplikasikan terhadap industri tersebut . Di Korea Selatan, penutupan bursa matawang kripto masih bibincangkan, kata Menteri Kewangan Kim Dong-yeon dalam temu bual dengan radio TBS pada 16 Januari. Kim berkata spekulasi yang tidak rasional dan perundangan yang rasional yang diperlukan bagi menyelesaikan isu ini.

Manakala di Amerika Syarikat, BitConnect diarahkan membatalkan operasi pertukaran matawang digitalnya setelah menerima dua waran dari Texas State Securities Board dan North Carolina Sekretaris Negeri Bahagian Sekuriti berikutan penjualan sekuriti yang tidak dibenarkan. 

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini