Ketua Pegawai Eksekutif Airbus SE, Tom Enders membantah Brexit dan dasar perdagangan pro-Amerika Presiden Donald Trump serta melihat kedua-dua langkah tersebut sebagai ancaman kepada perniagaannya. 

Perkembangan itu merupakan “bahaya yang berganda” bagi terhadap sekuriti syarikatnya, kata Enders di London pada jamuan tahunan persatuan perdagangan ADS, yang mewakili lebih daripada 1,000 syarikat aeroangkasa, pertahanan, keselamatan dan ruang angkasa.

Beliau turut menyatakan pada malam Isnin bahawa Brexit akan melemahkan industri pembuatan dan aeroangkasa British khususnya dengan meningkatkan kos dan mengurangkan daya saing. Walaupun Airbus akan berusaha mengurangkan impak isu tersebut terhadap perniagaannya Enders berkata,“saya risau akan kesan negatif yang bakal dilalui oleh syarikat ini meskipun usaha untuk meminimakan risiko telah diambil”. 

Walaupun Airbus harus dilindungi dari tarif dengan pengecualian yang diberikan kepada aeroangkasa di bawah peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia, ia memerlukan ketepatan dan penjelasan bagi prosedur kastam di masa depan. Menurut pegawai eksekutifnya juga, lebih 80,000 penerbangan perniagaan direkodkan di antara UK dan negara-negara EU yang lain dalam tempoh setahun.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini