Dolar dilihat merosot berbanding matawang utama lain setelah data inflasi pengeluaran melemah manakala Euro mengukuhkan kedudukannya dengan sokongan kenyataan European Central Bank (ECB) mengenai rangsangan kewangannya.

Indeks Dolar, yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain, turun 0.1% kepada 91.798 (DXY). Pergerakan tersebut menunjukkan bacaan kedua terendah setelah bacaan terendah direkodkan pada 20 September dengan 91.751.

Indeks tersebut meneruskan trend dovish setelah menurun 0.3% pada minggu ini, merekodkan penurunan berturut-turut bagi permulaan minggu 2018. Data negatif daripada Harga Pengeluaran A.S pada bulan Disember semalam turut menjadi faktor penurunan tersebut dan menyimpulkan bahawa inflasi bakal ditingkatkan bagi tahun 2018.

Dolar merosot 0.1% terhadap Yen kepada 111.14 setelah bergelut dengan matawang itu bagi tempoh seminggu berturut-turut.

Junaman 1.7% dicatatkan oleh Dolar setelah Yen Jepun menunjukkan prestasi yang baik dengan sokongan pembelian bon kerajaan oleh Bank of Japan (BOJ) mencetus spekulasi bahawa bank tersebut bakal mengimplikasikan rangsangan kewangannya dengan signifikan.

“Kedudukan Yen yang stabil telah menarik tumpuan pelabur dengan hebat sekali”, kata Yutaka Miura, penganalisis teknikal kanan di Mizuho Securities. 

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini