Pelabur jutawan, Warren Buffet mengeluarkan kenyataan pada Rabu tentang kepesatan bitcoin dan matawang kripto yang lain tidak akan kekal dan berakhir dengan baik.

“Secara amnya, saya boleh katakan malah hampir yakin bahawa kriptografi tidak akan berakhir dengan baik,saya pasti”, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway itu.¬†Penolong kanan beliau, Charlie Munger turut menyuarakan pendapat yang sama setelah mengatakan bahawa ia mempunyai risiko yang terlalu tinggi tanpa sandaran.

Buffet menambah bahawa beliau tidak akan mengambil bahagian atau melabur di dalam bitcoin mahupun matawang kripto lain.

“Kami tidak memilikinya, kami tidak akan mengalami kerugian disebabkan olehnya dan kami tidak berniat untuk melibatkan diri dengannya”, kata Buffet. “Saya berusaha keras dalam perkara dan bidang yang saya mahir tetapi kadangkala saya masih menghadapi masalah, jadi mengapa saya perlu melibatkan diri dengan perkara yang saya tidak mahir dan tiada sandaran”,¬†tambahnya.

Dalam pada itu, harga bitcoin merosot 3.69% kepada $13,907. Matawang digital merekodkan peningkatan lebih daripada 1,500% dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini