Keputusan pengunduran Britain daripada Kesatuan Eropah menjadi faktor utama penurunan 37% dalam pekerjaan sektor kewangan di London pada bulan lalu, menurut laporan syarikat Morgan McKinley. 

Perkhidmatan pekerjaan kewangan baru di pasaran menjunam kepada 3,150 daripada 4,980 pada Disember 2016. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa ketidakpastian terhadap pengunduran Britain daripada EU(European Union) menyebabkan syarikat-syarikat gergasi di bandar tersebut enggan menggaji pekerja.

Menurut tinjauan Reuters terhadap pekerjaan dalam sektor kewangan antarabangsa, kira-kira 10,000 pekerjaan sektor kewangan bakal dipindahkan keluar daripada Britain mahupun pewujudan pekerjaan sektor kewangan baru di luar negara dalam beberapa tahun akan datang jika negara itu disekat daripada berurusniaga dalam pasaran Eropah.

Masa depan London sebagai pusat kewangan utama Eropah merupakan salah satu isu terbesar dalam perbincangan Brexit kerana sektor ini merupakan sumber pendapatan korporat terbesar di Britain. 

Majoriti bank, syarikat insurans dan firma kewangan lain mungkin terpaksa berpindah jika  Britain kehilangan mekanisme “lesen” EU(European Union) yang membolehkan mereka menjual produk mereka secara bebas di dalam pasaran dari London. 

Laporan tersebut turut menunjukkan penurunan pekerjaan di sektor kewangan, berikutan bilangan penjawat dalam sektor itu jatuh 30% (tahun ke tahun) pada Disember kepada 4,594.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini