Dolar mengalami kenaikan pada awal dagangan Asia setelah disokong oleh hasil Perbendarahaan A.S yang lebih tinggi tetapi masih dikekang oleh Yen setelah langkah Bank of Japan untuk memotong pembelian bon kerajaan Jepun.

Indeks Dolar yang mengukur kekuatan dolar terhadap pasaran, mengalami sedikit peningkatan kepada 92.536 (DXY) berbanding bacaan tertinggi semalam pada 92.640.

Euro mencatat bacaan yang sedikit rendah pada Rabu dengan $1.1933 berbanding paras tertingginya pada Khamis lalu dengan $1.2089.

Namun, Dolar berada sedikit rendah berbanding Yen dengan 112.62. Dolar kini bergelut untuk mengukuhkan kedudukannya setelah mengalami penurunan 0.5% apabila Bank Pusat Jepun mengumumkan pemotongan bon kerajaannya dalam operasi pembelian.

Hasil dividen U.S. Treasury bagi tempoh 10 tahun(US10YT = RR) berada pada 2.551% dalam dagangan Asia, berbanding 2.546% ketika ditutup pada Selasa. Apabila ia meningkat sehingga 2.555%, ia mencatat rekod tertinggi sejak Mac.

Langkah BOJ itu mengingatkan pedagang bahawa bank pusat utama bersedia untuk meneutralkan dasar monetari mereka,” kata Masafumi Yamamoto, ketua strategi matawang di Mizuho Securities.

“Saya berpendapat bahawa penguatan Yen ini akan membuatkan BOJ lebih berhati-hati untuk melangkah ke hadapan, apabila mereka mahu bergerak ke arah normalisasi,” katanya.

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini