Harga minyak A.S mencecah bacaan tertinggi semenjak 2015 setelah spekulator menjangkakan kenaikan harga berikutan pemotongan pengeluaran OPEC. 

U.S. West Texas Intermediate (WTI) crude futures berada pada harga $62.16 setong, melebihi bacaan lalu dengan 43 sen, bersamaan dengan 0.7%. Harga terkini berada pada purata yang sama dengan rekod tertinggi pada Mei 2015 dengan bacaan $62.56 setong.

Brent crude futures berada pada $68.11 setong mengatasi bacaan lalu dengan 33 sen, bersamaan dengan 0.5%. Brent mencecah $68.27 pada minggu lalu, mencatat rekod tertinggi sejak Mei 2015.

Pedagang berkata bahawa kenaikan harga didorong oleh dana spekulator yang menumpukan perhatian mereka terhadap komoditi berikutan pengurangan pengeluaran yang diselia oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries-OPEC) dalam tempoh setahun.

Pengurangan jumlah pelantar bagi penggerudian minyak mentah baru di Amerika Syarikat membantu mengukuhkan WTI. Bilangan pelantar minyak berkurang 5 kepada 742 dalam tempoh seminggu sehingga 5 Januari.

Pengeluaran minyak mentah A.S masih terus menunjukkan peningkatan dan ia menunjukkan bahawa inisiatif yang diambil bagi mengurangkan jumlah pelantar minyak tersebut berkesan dengan efisien”, kata Matt Stanley, broker bahan api di Freight Investor Services (FIS) yang berada di Dubai.

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini