Jeff Bezos, pengasas Amazon Inc. serta pengendali perniagaan penerokaan ruang angkasa, Blue Origin dan Washington Post mendahului Bill Gates setelah mencatat $105.1 Bilion jumlah pendapatan bersih sekaligus menjadikan beliau individu paling kaya di dunia. Saham Amazon Inc. dilihat mengalami peningkatan sebanyak 6.6% tahun ini setelah hal tersebut diumumkan serta menaikkan nilai pasaran Amazon Inc. sehingga 57%.

Syarikat yang berpangkalan di Seattle itu mencatat keuntungan sebanyak 89% bagi perbelanjaan dalam talian dikalangan peruncit dominan dalam tempoh 5 minggu setelah bermulanya hari Kesyukuran di A.S.

Pencapaian tersebut telah mengukuhkan kedudukan Bezos yang mengatasi Bill Gates, pengasas Microsoft Corp tersebut. Jeff Bezos mendahului Bill Gates setelah merekodkan  jumlah pendapatan bersih bernilai $93.8 Bilion pada bulan Oktober. Kekayaan beliau terus meningkat sehingga $100 Bilion bagi pertama kalinya setelah musim percutian bermula pada Black Friday yang menyebabkan pengguna berbelanja dengan amaun yang tinggi.

Gates, 62 mempunyai nilai pendapatan bersih melebihi $150 Bilion jika beliau tidak menyalurkan sebahagian besar asetnya kepada Yayasan Bill & Melinda Gates. Beliau dikatakan telah menyumbang hampir 700 Juta saham Microsoft dan $2.9 Bilion tunai serta aset-asetnya yang lain sejak tahun 1996.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini