SpaceX memulakan tahun baru dengan misi rahsia, melancarkan kapal angkasa kerajaan iaitu Zuma ke Orbit.

Roket SpaceX Falcon 9 telah dilancarkan pada jam 8 pagi dengan muatan rahsia setelah lebih daripada sebulan penangguhan. Ianya dilancarkan dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida. 

Firma penerokaan ruang angkasa yang diketuai oleh CEO Tesla, Elon Musk awalnya menjadualkan misi pelancaran Zuma pada November lalu. Namun, SpaceX mengemukakan kenyataan penangguhan jadual berikutan beberapa faktor. SpaceX berkata bahawa ia menangguhkan pelancaran tersebut berikutan “ujian fairing”. Fairing adalah komponen tertinggi pada roket yang menempatkan bahan muatan. Malahan, cuaca yang melampau juga menjadi faktor penangguhan persiapan pelancaran tersebut.

SpaceX akhirnya mengumumkan bahawa kapal angkasa tersebut sudah bersedia untuk dilancarkan pada minggu lalu.

Zuma telah dilancarkan ke low-Earth orbit (LEO), yang berada pada kurang 1,200 batu di atas permukaan Bumi. Walaubagaimanapun, kedudukan tepat Zuma tidak didedahkan kepada umum menurut NASA. 

Low-Earth Orbit (LEO)

Hal tersebut bukanlah satu-satunya yang dirahsiakan daripada umum. Kerajaan A.S kebiasaannya tidak menyimpan rahsia sensitif secara fizikal. Dapat disimpulkan bahawa muatan yang ditempatkan di dalam SpaceX melibatkan ketenteraan, seperti keselamatan kebangsaan, pertahanan dan juga pengawasan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini