Harga emas jatuh pada sesi dagangan Asia manakala para pelabur menumpukan perhatian terhadap Dolar A.S dengan keputusan kenaikan kadar faedah pada 2018 setelah data pengangguran yang mengecewakan pada minggu lalu.

Gold futures bagi februari jatuh 0.11% bersamaan $1,320.7 per troy ounce di New York Mercantile Exchange. 

Pada minggu lalu, harga emas telah turun lebih rendah setelah pelabur memberi perhatian terhadap logam yang menunjukkan prestasi yang baik dengan kenaikan tinggi selama tiga minggu berturut-turut.

Logam masih menunjukkan kekuatan momentum harga dengan peningkatan 0.99% selama empat minggu berturut-turut.

Manakala sebanyak 148,000 pekerjaan telah ditambah pada Disember dan pengangguran kekal stabil pada 4.1%. Pendapatan meningkat sebanyak 2.5% pada Disember tetapi pertumbuhan gaji menurun kepada 2.4% berbanding 2.5%.

Data pekerjaan dikatakan tidak akan memberi impak terhadap jangkaan pelabur mengenai kenaikan kadar faedah oleh The Federal Reserve pada Mac 2018.

67% penganalisis pasaran menjangkakan bahawa The Fed akan kekal dengan keputusan kenaikan kadar faedah pada Mac tersebut.

Kenaikan kadar tersebut bakal memberi impak negatif terhadap emas berikutan Dolar A.S mungkin kembali menguat setelah data dikeluarkan.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini