Dolar telah merekod prestasi tahunan yang paling teruk sepanjang 14 tahun serta dijangka merosot pada tahun 2018 tetapi masih belum dapat disahkan, kata penganalisis pertukaran asing di Reuters. 

Greenback telah memulakan tahun lalu dengan kukuh setelah disokong oleh perjanjian Presiden Donald Trump yang menjanjikan pemotongan cukai dan membelanjakan trilion dolar bagi menaiktaraf infrastruktur. Walaubagaimanapun, dolar menunjukkan penyusutan 10% menjelang akhir tahun 2017.

Para penganalisis pasaran dikatakan tidak menjangka hal tersebut berlaku dengan jangkaan bahawa dolar akan kekal stabil berikutan hal yang dijanjikan Presiden.

Dolar kemudiannya kembali menunjukkan momentumnya dengan peningkatan sebanyak lebih daripada 2% pada Disember berikutan taruhan spekulator terhadap undang-undang pemotongan cukai yang baru pada hujung tahun 2017. Namun, dolar masih gagal mengukuhkan kedudukannya.

Manakala Euro dan matawang utama lain memanfaatkan peluang dan dijangka mengaut keuntungan yang signifikan berikutan kelemahan A.S Dolar menjelang tahun 2018.

“Dolar akan terus mengalami penurunan sepanjang tahun 2018”, kata Jeremy Stretch, ketua straegi G10 di CIBC Capital Markets. 

Euro, yang telah menunjukkan prestasi dan momentum yang baik sejak 2003, diramalkan melemah bagi tempoh tiga hingga enam bulan akan datang sebelum meneruskan trend hawkish tempoh setahun. Ekonomi zon Euro turut mempamerkan pertumbuhan yang menggalakkan dan dijangka terus bercambah pada kadar yang mantap.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini