Ringgit Malaysia mengukuh setelah melonjak naik ke paras harga tertinggi dengan RM3.99 per Dolar yang telah didorong oleh pertumbuhan eksport yang memberi impak positif terhadap negara ini.

Ringgit Malaysia meningkat 0.3% dengan 3.99 setelah berjaya melepasi paras 4.0 dan mengatasi dolar pada jam 3 petang tadi. Kelemahan dolar memberi peluang kepada Ringgit Malaysia untuk menembusi jangkaan pasaran sewaktu dagangan tersebut.

“Pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan peningkatan harga minyak membantu matawang ini meningkatkan momentum prestasinya”. Pada Rabu, harga minyak didagangkan pada $67 setong sejak 2015.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan bahawa nilai eksport Malaysia meningkat kepada paras tertinggi dengan RM83.50 bilion pada November 2017, mengatasi nilai eksport bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan pada Mac 2017 dengan catatan RM82.62 bilion. 

Ekonomi Malaysia turut meningkat 6.2% pada suku ketiga 2017 berbanding 4.3% pada 2016, manakala pada suku kedua, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 5.8% daripada 5.6% pada suku pertama. 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini