Ribut terburuk musim sejuk telah melumpuhkan aktiviti ribuan penduduk dan membatalkan hampir 3,000 penerbangan utama di tiga lapangan terbang utama New york, Boston dan Philadelphia. Pembawaan lebih banyak salji, ais dan angin dari Florida ke Nova Scotia, termasuk New York dan Boston.

Ribut salji setebal 63.7 sentimeter di New York telah mencatat rekod ketiga yang tertinggi, turut terkesan adalah Washington dan lain-lain daerah Timur Laut A.S seperti Massachusetts.

Datuk Bandar New York, Bill Da Blasio menasihatkan penduduk agar tidak menjalankan aktiviti luar dan elakkan daripada mengguna jalan raya berikutan risiko tinggi. Menurut pihak berkuasa, 13 telah terbunuh disebabkan kemalangan di Arkansas, North Carolina, Kentucky, Ohio, Tennessee dan Virginia. Risiko bagi penduduk mengalami hipotermia adalah sangat tinggi.

Gabenor New York, Andrew Cuomo dan gabenor bagi 10 negeri lain telah mengisytihar darurat. Berikutan cuaca buruk tersebut, ibu pejabat PBB di New York turut ditutup manakala Gabenor New Jersey, Chris Christie telah mengumumkan penutupan operasi pejabat kerajaan disebabkan kecemasan.

Majoriti sekolah telah diisytihar tutup buat sementara waktu sehingga diberitahu pada Khamis serta operasi pejabat dan perniagaan persendirian juga dihentikan dengan serta-merta.

Staten Island dan Queens juga menghadapi ancaman banjir di antara pukul 9 pagi dan tengah hari pada Khamis memandangkan ribut akan meningkat paras pasang surut sebanyak 12 hingga 18 inci lebih tinggi daripada biasa, kata Faye Morrone, ahli meteorologi cuaca di Upton, New York.

“Ia boleh mengakibatkan beberapa banjir, terutamanya bagi lokasi terdedah di tepi pantai,” kata Morrone.

Ramalan menjangkakan :

  • Menjelang 4 p.m. pada hari Khamis, badai itu akan berada di luar pantai Cape Cod, Massachusetts, menurunkan sehingga 2 inci salji dalam tempoh sejam di kebanyakan bahagian Massachusetts dan beberapa bahagian Rhode Island, Connecticut, dan Maine.
  • Pada tengah malam pada hari Jumaat, ribut akan menghala ke Maritimes Kanada, berada di Nova Scotia dan New Brunswick.

Ekonomi turut terjejas disebabkan oleh bencana tersebut. Harga bekalan elektrik telah melonjak ke tahap tertinggi bersama-sama gas asli. Sehingga pukul 7 malam, dalam lingkungan 29,000 penduduk tidak mempunyai bekalan kuasa dari Maryland ke Florida. 

Syarikat penerbangan adalah diantara yang terjejas teruk setelah membatalkan hampir 2,100 penerbangan sehingga Khamis. American Airlines Group Inc. dan Delta Airlines telah menangguhkan penerbangan di beberapa lapangan terbang A.S di Timur.

Manakala syarikat peruncitan makanan dan pedagang mengutip kutipan tinggi dan menjangkaui sasaran pasaran, kata Jennifer Bartashus. 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini