Pegawai-pegawai Rizab Persekutuan (The Fed) menjangkakan pengurangan cukai korporat dan peribadi bagi meningkatkan perbelanjaan pengguna dan perniagaan walaupun mereka tidak pasti akan impak undang-undang cukai yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pasaran Persekutuan (Federal Open Market Committee-FOMC) yakin akan jangkaan peningkatan pertumbuhan KDNK (GDP) pada 2018 daripada 2.1% ke 2.5%. Majoriti ahli menunjukkan bahawa perubahan dasar polisi persekutuan merupakan faktor yang menyebabkan kadar KDNK bercambah dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ahli FOMC merupakan kumpulan yang penting bagi The Fed. Jawatankuasa telah mengundi untuk meningkatkan kadar faedah pada suku tahunan kepada 1.5% daripada 1.25% pada tahun 2017. Perbincangan yang ditunjukkan dalam minit mencerminkan pemerhatian yang kukuh terhadap ekonomi. Ringkasan mesyuarat menunjukkan peningkatan yang ketara dalam pembayaran gaji apabila kadar pengangguran menurun kepada 4.1%, dan menyatakan bahawa pengeluaran perindustrian meningkat secara signifikan. 

Di samping itu, harga pasaran saham menunjukkan prestasi yang bertambah baik, setelah  S & P 500 meningkat sekitar 20%.

Walaubagaimanapun, berulangkali dinyatakan bahawa ahli-ahli tidak pasti tentang kekerapan aktiviti rangsangan yang bakal dilalui disebabkan oleh impak pemotongan cukai terhadap bekalan tenaga kerja.

Pegawai Fed secara majoritinya melihat inflasi berkemungkinan memenuhi sasaran dalam jangka sederhana, tetapi dua anggota iaitu Neel Kashkari dan Charles Evans, mengundi supaya peningkatan kadar berlaku berikutan mereka ingin melihat lebih banyak kemajuan pada sasaran.

Kebimbangan terhadap penilaian pasaran turut disuarakan. Walaupun secara amnya pasaran meningkat dengan baik pada indeks pasaran saham yang semakin mengukuh, beberapa pegawai telah menyatakan kebimbangan bahawa pengawalseliaan dasar yang terlalu akomodatif dapat memberi impak negatif dan memberi risiko terhadap kestabilan kewangan.  

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini