Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa Malaysia tidak akan melarang dagangan matawang digital di Malaysia dan perundangan tentang itu masih lagi di dalam pertimbangan.

Inovasi kewangan bukan sahaja menggalakkan produktiviti ekonomi, tetapi turut memudahkan urusan kewangan dengan lebih lancar. Beliau berkata kepada The Malaysian Reserve, “Ianya amat relevan dengan inovasi terkini seperti bitcoin”. 

Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mempunyai undang-undang berkaitan matawang kripto kini, pihak berkuasa sedang mengumpul maklumat bagi membuat keputusan terbaik dalam melindungi kepentingan netizen tanpa menghalang inovasi.

Johari berkata bahawa “seperti skim pelaburan dan kewangan yang lain, ia perlu dipantau dan mempunyai perundangan supaya pengawalan terhadap sebarang risiko dapat dilaksanakan.

Beliau menambah bahawa BNM akan berusaha untuk memastikan dagangan matawang digital adalah telus dan menekankan bahawa inovasi FinTech, seperti matawang kripto dan e-wallet dapat diregulasikan ke dalam pelan digitalisasi Malaysia.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini