Pada tahun 2017, matawang kripto telah melonjak naik sejak diasaskan. Bitcoin (BTC) telah mendahului matawang tersebut diikuti dengan Ethereum (ETH) dan Ripple (XRP). Di antara ketiga-tiga ini, Ripple menunjukkan potensi yang baru setelah  berjaya mencipta harga baru dengan dua kali ganda dan kini melebihi paras $2.

Pembayaran berdasarkan block-chain telah dibina bagi institusi kewangan dan bank menyelesaikan urusniaga dengan lebih cepat, berpatutan dan selamat. Rangkaian yang dilancarkan pada tahun 2012, Ripple asalnya berasas dari konsep aeawal 2004, malahan sebelum Bitcoin wujud.

Sebelum penghujung tahun 2017, dan setelah seminggu Ripple mencecah $1, kripto meningkat sebanyak 34% dalam satu hari. Selama berbulan-bulan matawang itu berlegar-legar sekitar $0.20, tetapi setelah ia mencecah $1 buat kali pertamanya, ia menjadi signal bahawa pergerakannya akan menaik.  Pasaran XRP adalah sangat menggalakkan dan telah mengatasi Ethereum pada minggu lalu.

Ripple yang berada pada kedudukan ketiga minggu lalu, telah berjaya menduduki kedudukan kedua diatas Ethereum. 2017 bukanlah satu tahun yang buruk bagi Ripple tetapi adalah tahun ia menunjukkan potensinya yang bermula dengan peningkatan 4,000 % pada suku kedua. Sehingga tahun lalu, ia menjadi pesaing yang kecil tetapi pada 2018, penganalisis pasaran menjangkakan peningkatan yang signifikan berlaku terhadap Ripple (XRP). 

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini