Ketika Perdana Menteri Theresa May membuat persiapan bagi rundingan Brexit seterusnya, kerajaan beliau telah menahan penerbitan fail rahsia yang berkaitan dengan penubuhan Kesatuan Eropah.

Dokumen dari tahun 1992 itu akan dipamerkan pada Jumaat di Arkib Negara di bawah perundangan British yang membenarkan dokumen kerajaan didedahkan kepada awam. Daripada 495 fail dari pejabat Perdana Menteri  pada tahun itu, 114 fail telah dirahsiakan daripada awam. 12 daripada jumlah tersebut berkait rapat dengan dasar Eropah.

Parti pembangkang utama memberi respons terhadap perkara tersebut dengan pantas mengatakan bahawa “ianya sangat mengejutkan” melalui Jon Trickett, Ahli Politik Buruh yang berpangkat tinggi.

Pada minggu lalu, setelah beberapa bulan para menteri cuba merahsiakan hal tersebut, pihak kerajaan mengeluarkan laporan penilaian berkaitan bagaimana segmen ekonomi yang berbeza dapat diselesaikan tanpa meninggalkan EU. 

Ahli Lembaga Kabinet, yang menyokong pemerintahan Theresa May berkata bahawa, “tiada sebarang niat untuk merahsiakan fail-fail tersebut daripada media”. Lebih 26 fail yang meliputi EU telah dihantar ke Arkib Negara dan terlambat bagi wartawan untuk membacanya sebelum ia diterbitkan.

Dijelaskan bahawa “kita perlu memastikan kesemua fail disemak dan disusun dengan baik dan betul sebelum dipindahkan agar keselamatan negara dan hubungan dengan negara lain terpelihara”.

Fail-fail yang dikeluarkan mendedahkan sejauh mana pengunduran Britain pada 1992 dari Mekanisme Kadar Pertukaran menjadi Konservatif terhadap Eropah. Tahun itu, 16 September telah dibaptiskan sebagai “Black Wednesday” setelah kerajaan gagal dalam percubaan untuk mengekalkan pound dalam sistem kewangan dengan menolak kadar faedah sehingga 15%. 

Pada mesyuarat Kabinet seminggu kemudian, Perdana Menteri John Major memberitahu ahli lain bahawa penolakan Perjanjian Maastricht, yang membentuk EU, telah berkembang di dalam Parti Konservatifnya.

Walaupun beberapa fail berusia 25 tahun mempunyai aura kontemporari, yang lain menyerlahkan berapa banyak Brexit telah mengubah keutamaan British. Sejak berkhidmat, May memberi penekanan yang besar untuk mendapatkan perjanjian perdagangan A.S.. Salah satu fail yang dibuka hari ini meliputi 11 tahun mesyuarat antara perdana menteri British dan wakil perdagangan A.S.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini