Republikan Roy Moore memfailkan tuntutan undang-undang dalam usaha menghentikan Alabama daripada mengisytiharkan Demokrat Doug Jones sebagai pemenang undian pilihan Senat Amerika Syarikat lalu.

Perbicaraan mahkamah berlaku kira-kira 14 jam sebelum Perbincangan Lembaga Pilihanraya untuk mengisytiharkan Jones sebagai pemenang pemilihan tersebut pada 12 Disember dengan pungutan undian sebanyak lebih daripada 20,000 undi.

Peguam Moore menyatakan bahawa terdapat penyelewengan berlaku semasa proses undian dan meminta pihak berkuasa menjalankan penyiasatan terhadap Doug Jones dan mensarankan agar pemilihan yang baru dilaksanakan.

Beliau berkata bahawa tindakan beliau tiada kaitan dengan isu Republikan mahupun Demokrat tetapi berkait rapat dengan integriti  pilihan raya yang sepatutnya berlaku adil kepada semua.

Setiausaha Negara Alabama, John Merill memberitahu The Associated Press malam tadi bahawa beliau tidak berniat untuk melengahkan mesyuarat  Lembaga Pilihanraya. Dalam aduan itu, peguam Moore menyuarakan keraguan beliau berikutan jumlah undian yang lebih tinggi daripada jangkaan semasa proses pilihanraya, khususnya di Jefferson County, dan mengatakan bahawa jumlah undian terhadap Moore sangat mencurigakan dengan undian terkumpul yang rendah di sekitar 20 daerah Jefferson County.

Merill berkata bahawa beliau masih belum menemui bukti penyelewengan tetapi penyiasatan akan dijalankan terhadap Doug Jones. 

Jones dan Moore telah bersaing untuk mengisi kerusi Senat A.S yang sebeleumnya digalas oleh Peguam Negara, Jeff Sessions. Kempen Moore terjejas akibat kontroversi dakwaan salah laku seksual yang melibatkan gadis remaja beberapa tahun lalu.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini