Saham Amerika Syarikat berada pada kelas pertama di dalam rekodnya pada tahun 2017, tetapi A.S bukan satu-satunya negara yang mampu melakukan hal tersebut.

Amerika Syarikat

 

 

 

Saham A.S. menjadi tumpuan para pelabur akan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, pendapatan korporat yang kukuh dan berharap bahawa Presiden Trump akan menggubal semula perundangan. Trump juga meningkatkan pasaran dengan pemotongan cukai korporat yang besar.

Purata perindustrian Dow Jones meningkat sebanyak 25%, S & P 500 melonjak sebanyak 20% serta indeks Nasdaq yang berteknologi tinggi mengagumkan pelabur dengan keuntungan 29% yang signifikan. 

Argentina

 

 

 

 

Indeks Merval Argentina melonjak 73% tahun ini dan mencapai rekod tinggi hari ini selepas Krismas. Pemilihan Presiden Mauricio Macri pada akhir tahun 2015 terbukti menjadi titik perubahan ekonomi setelah ia terlihat semakin berkembang dan saham telah meningkat dengan kukuh. Merval memperoleh 45% pada 2016.

Macri meneruskan beberapa pembaharuan ekonomi tahun ini, membantu meningkatkan lagi keyakinan perniagaan. “Presiden Macri menyelaraskan risiko politik dengan baik pada 2017, dan tanpa pilihan raya yang dijadualkan pada tahun 2018, Argentina sebenarnya menjadi penempatan selamat dari politik di Amerika Latin bagitahun depan,” kata firma pengurusan aset Algebris Investments.

Namun, masih ada lagi yang perlu diperbaiki, antaranya adalah inflasi melebihi 20% dan mata wang terus melemah. 

Nigeria

 

 

 

Indeks All-Share Nigeria masih jauh di bawah rekod tertinggi yang ditetapkan pada awal 2008, namun pecutan sebanyak 43% pada 2017 telah membantu menutup jurang itu.

Indeks itu mengalami pengukuhan pada 2015 dan 2016 ketika harga minyak masih rendah, serangan militan, masalah mata wang, pemilihan dan Ebola melanda sentimen pelabur.

Tetapi harga minyak yang kini berada dalam pergerakan hawkish menuju paras yang lebih tinggi, memudahkan bank pusat untuk memperdagangkan matawang dan memulihkan ekonominya dari kemelesetan yang berlaku, jelas Zin Bekkali, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Silk Invest.

Ramai penganalisis yakin bahawa stok boleh terus meningkat pada 2018.

Turki

 

 

 

 

Satu percubaan rampasan kuasa pada tahun 2016 dan satu siri serangan pengganas memberi impak negatif terhadap ekonomi Turki.

Namun, indeks penanda aras negara meningkat 43% pada tahun ini kerana kerajaan telah melaksanakan pemotongan cukai sementara dan program jaminan pinjaman yang menggalakkan bank untuk memberi pinjaman kepada perniagaan kecil. Pertumbuhan KDNK melonjak, mencecah 11.1% pada suku ketiga.

Prestasi pasaran saham juga disokong oleh kejatuhan lira Turki,  kata Neil Shearing,  penganalisa pasaran ekonomi terkemuka di Capital Economics.

 

 

Hong Kong

 

 

 

Hang Seng mendahului pasaran dengan 35%, berlawanan dengan indeks tanah besar China di Shanghai yang mengalami kemerosotan.

Secara keseluruhannya, ini semua mengenai Tencent (TCEHY), kata Dickie Wong- Ketua Penyelidikan di Kingston Financial Group. 

Saham dalam teknologi gergasi Hong Kong meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

WeChat, syarikat applikasi mudah alih popular itu, mempunyai hampir 1 Bilion pengguna  dan pelabur terlihat telah melancarkan forays ke dalam perisian itu.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini