Pembayar Cukai boleh mengurangkan bayaran cukai negeri dan aset lokal mereka pada 2018 sekiranya mereka membayar bil-bil cukai mereka sebelum akhir tahun 2017 dan ianya hanya diambil kira jika cukai dinilai sebelum 2018, kata Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri dalam satu sidang berita.

Kenyataan IRS (Internal Revenue Services) timbul setelah para pemilik rumah di negeri yang mempunyai cukai yang tinggi bersuara kepada pegawai berkuasa tentang bagaimana untuk melunaskan pembayaran levi tersebut untuk memanfaatkan pemtongan cukai yang bakal berkuatkuasa tahun hadapan.

Penasihat IRS menyatakan bahawa negeri dan undang-undang tempatan akan menentukan sama ada bila cukai harta akan dinilai serta kawasan yang belum menilai cukai harta benda. Beliau berkata pembayar cukai perlu menyemak dengan pihak berkuasa cukai negara dan temapatan bagi menentukan sama ada penilaian hartanah 2018 telah dilaksanakan mahupun tidak.

Undang-undang pemotongan cukai yang ditandatangani Presiden Donald Trump pada minggu lalu akan menyekat pengurangan  yang boleh diambil oleh individu bagi cukai negeri dan tempatan yang dibayar sehingga kini. Sehingga 1 Januari, potongan tersebut akan dihadkan pada $10,000 – had yang berkuatkuasa ke atas semua gabungan cukai harta dan cukai pendapatan mahupun jualan.

Namun, tidak semua pembayar cukai mendapat manfaat daripada membuat pembayaran cukai hartanah awal. Mereka yang membayar cukai alternatif minima, iaitu cukai yang direka bagi mengelakkan golongan berpendapatan tinggi mengurangkan bayaran cukai mereka, tidak akan menerima faedah tersebut.

 

International Services Revenue (IRS) 

Adalah Jabatan Perkhidmatan Hasil Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat yang berada dibawah pemtadbiran Pesuruhanjaya Lembaga Hasil Dalam Negeri. IRS bertanggungjawab mengutip cukai dan mentadbir Kod Hasil Dalam Negeri serta membantu menyediakan bantuan cukai kepada pembayar cukai dan menyelesaikan kes-kes pemfailan cukai.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini