A.S dilihat membuat keputusan yang signifikan setelah memotong bantuan kewangan terhadap PBB beranggaran $285 Juta pada hari Ahad, sehari setelah 120 negara tersebut menyuarakan kritikan mereka terhadap tindakan Presiden Donald Trump yang mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu kota Israel. 

Dalam pengumuman tersebut, Duta Besar A.S, Nikki Haley menyalahkan badan dunia itu kerana melepaskan kelebihan belanjawan yang dimiliki oleh A.S dengan mengecam tindakan presiden negara tersebut tanpa membuat rujukan spesifik pada undian yang dilaksanakan pada minggu lalu mengenai kontroversi Trump. Namun, tiada sebarang kepastian bahawa A.S adalah satu-satunya negara pendana bagi badan dunia itu malahan Haley tidak menyatakan mana-mana negara pendana lain.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kini tidak lagi efisien serta tidak mempunyai dana yang kukuh. Kami tidak akan bermurah hati terhadap kesempatan yang diambil lagi,” kata Haley.

Haley turut menambah dengan kenyataan bahawa pemotongan tersebut mungkin akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Presiden Donald Trump juga dilihat bersetuju dengan hal tersebut berikutan beliau bercadang untuk menamatkan pembiayaan bagi program perubatan iklim PBB serta memotong dana Tabung Kanak-Kanak PBB atau lebih dikenali sebagai UNICEF sebanyak 16% pada pembentangan bajet 2018 lalu.

Dana badan dunia, PBB dikurangkan sebanyak $600 Juta tahun ini. A.S juga mengancam untuk memotong dana bagi negara-negara lain yang mengundi atau berpihak kepada PBB yang meminta A.S membatalkan keputusan pengisytiharan ibu kota Jerusalem tersebut.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini