Apple Inc. didakwa menipu pengguna Iphone dengan memperlahankan peranti iPhone lama mereka tanpa amaran dengan alasan untuk mengatasi masalah bateri di peranti berkenaan, menurut lapan tindakan undang-undang yang difailkan di mahkamah terhadap syarikat gergasi itu.

Semua tuntutan undang-undang yang difailkan di Mahkamah Daerah A.S di California, New York dan Illinois disimpulkan sebagai wakil bagi kesemua pengguna iPhone di dunia. Malahan, kes yang sama telah difailkan di mahkamah Israel pada hari ini, menurut akhbar Haaretz.

Apple Inc. juga terlihat tidak memberi tindak balas terhadap e-mel yang yang memberi komen terhadap pihak mereka.

Syarikat itu mengakui buat pertama kalinya pada minggu lalu secara terperinci bahawa pengemaskinian sistem operasi yang dikeluarkan sejak “tahun lepas” untuk iPhone 6, iPhone 6, iPhone SE dan iPhone 7 mempunyai bateri lama dan terdegradasi bagi mengelakkan peranti tersebut terpadam secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun, ciri itu mengurangkan keupayaan pengkomputeran iphone terbabit bagi menghentikan penggunaan kuasa bateri yang terlalu banyak. 

Bogdanovich dan Speas yang memfailkan saman pada Rabu, mendakwa Apple melanggar kontrak tersirat dengan mereka dan pemilik iphone yang lain dengan “sengaja memperlahankan model iPhone yang lebih lama apabila model baru keluar dan gagal mendedahkan perkara sebenar”.

Pemilik iPhone yang lain turut mendakwa syarikat itu dengan sengaja mengganggu telefon-telefon tersebut dengan tujuan merosakkan serta menjadi faktor utama bagi pemilik menukar telefon yang baru, lebih mahal dan menjadi kelebihan bagi produk baru mereka.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini