Dana pelaburan negara Malaysia, 1Malaysia Development Bhd atau dikenali sebagai 1MDB, berkata bahawa ia telah membayar semua jumlah yang perlu dibayar kepada International Petroleum Investment Co. pada akhir Disember.

Pembayaran balik tersebut menyelamatkan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak daripada terus diragui dan dimalukan berikutan pilihan raya umum yang akan diadakan menjelang tahun hadapan. Malahan, tindakan tersebut dapat meminimakan kebimbangan mengenai sekuriti Malaysia bagi pelabur asing yang memiliki sebahagian bon besar kerajaan di negara Asia Tenggara.

Pembayaran ganti rugi itu merupakan pembayaran terakhir oleh 1MDB kepada bekas rakan rongsinya bagi pinjaman kecemasan dan sokongan kewangan lain yang dilanjutkan setelah dana Malaysia yang sedang disiasat yang mana sesetengah negara tidak mampu membayarnya kembali.

Jumlah keseluruhan pembayaran tidak diisytiharkan oleh 1MDB mahupun IPIC.

1MDB, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia, berkata dalam satu kenyataan berasingan kemudian bahawa semua dana “dibayar daripada hasil program rasionalisasi yang berterusan,” merujuk kepada usaha untuk mengurangkan hutang dengan menjual aset.

Dengan penyelesaian pembayaran, kedua-dua pihak dijangka akan terus membincangkan dengan lebih lanjut tentang pembayaran sebanyak $ 3.5 bilion  yang dipertikaikan. 

1MDB dilancarkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2009 untuk merangsang pembangunan ekonomi tetapi tersasar dari jangkaan setelah mempunyai hutang terkumpul sebanyak $13 Bilion hutang. Negara ini kemudiannya bergelut untuk membayar hutangnya pada 2015 dengan anggaran berbilion dolar. Siasatan kemudiannya telah dijalankan terhadap negara ini bersama A.S dan Singapura serta negara lain. Penyiasat A.S mendakwa bahawa anggaran $4.5 Bilion telah dilesapkan.

1MDB bagaimanapun telah menafikan sebarang dakwaan terhadap pihaknya dan telah berjanji untuk bekerjasama dengan mana-mana penyiasatan yang sah. Perdana Menteri, Najib Razak turut menafikan dakwaan dan dibersihkan dari semua dakwaan serta tuduhan oleh Peguam Negara Malaysia.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini