Artikel sebelumnya kita telah membicarakan tentang 8 Negara pengeluar minyak terbesar dunia berdasarkan maklumat semasa. Kali ini pula mari kita mengenali 8 negara paling tinggi nilai GDP per kapita 2017 berdasarkan GDP per kapita. Maksud GDP per kapita adalah Gross Domestik Produk atau dalam bahasa melayunya pula ialah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu jumlah nilai pasaran keseluruhan dalam sesebuah negara yang merangkumi nilai pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan. Dalam erti kata lain anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import. Kemudian hasilnya pula dibahagikan kepada jumlah rakyat keseluruhan.

 

Mari kita mengenali 8 negara paling kaya 2017 berdasarkan GDP per kapita semasa .

 

8. Norway

Sumber ekonomi utama : Petroleum, gas asli, kayu balak, makanan laut, air tawar dan kuasa hidro.

GDP per kapaita : USD 67,296

 

 

  1. Emiriah Arab Bersatu

Sumber ekonomi utama : Petroleum dan Gas asli

GDP per kapita : USD 69,696

 

 

  1. Kuwait

Sumber ekonomi utama : Petroleum dan baja

GDP per kapita : USD 71,263

 

 

  1. Brunei

Sumber ekonomi utama : Petroleum dan gas asli

GDP per kapita : USD 79,710

 

 

  1. Singapore

Sumber ekonomi utama : Perkilangan, pelabuhan dan pelancongan

GDP per kapita : 87,082

 

 

  1. Macau

Sumber ekonomi utama : Kasino dan pelancongan

GDP per kapita : USD 96,147

 

 

  1. Luxembourg

Sumber ekonomi utama : Besi

GDP per kapita : USD 101,936

 

 

  1. Qatar

Sumber ekonomi utama : Petroleum dan gas asli

GDP per kapita : USD 124,930

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini