Data Terkini Pasaran Kewangan Malaysia : MYR Menyusut Kepada RM4.09 per Dolar A.S

0
255

 

Nilai Ringgit bertambah sebanyak 10.1% pada tahun 2017 dan didagangkan dalam julat 4.05 hingga 4.09 per dolar USD pada bulan Disember, menyusut 200 pips tetapi masih berada dalam purata yang sama selama dua minggu berturut-turut. Kadar pertukaran kekal stabil dengan turun naik selama 1 bulan USD/MYR pada kadar purata 4.5% tahun ini.

Mudah tunai (liquidity) pasaran dalam negara turut menggalakkan dan mampu memenuhi nilai keperluan perlindungan pemastautin dan bukan pemastautin. Pada tahun 2017, pasaran pertukaran asing nagara mencatat jumlah purata harian yang kukuh pada USD9.9 Bilion berbanding USD8.1 Bilion pada tahun 2016. Daripada jumlah ini, transaksi utama dan swap mencatat purata USD3.8 Bilion sehari. Berikutan mudah tunai (liquidity) yang mengukuh, purata spread dagangan USD/MYR lebih rendah pada 24 mata, berbanding 46 mata pada tahun 2016.

Jumlah pasaran dagangan kebanyakannya terdiri daripada sektor aliran perdagangan  (real-sector) yang merangkumi lebih 50% daripada jumlah keseluruhan. Pada masa yang sama, bahagian aliran portfolio bukan pemastautin menurun lebih daripada satu per empat. Penetapan harga pasaran dalam negeri kini didorong kegiatan sektor utama (real-sector) dan bukannya urus niaga spekulatif.

Pasaran bon Malaysia terus menarik minat para pelabur. Tiga lelongan utama terakhir bon kerajaan melibatkan penyertaan pelabur dari pelbagai negara. Pelabur luar terus menyertai pasaran bon dengan jumlah pelaburan lebih tinggi sebanyak RM6.2 billion pada suku keempat 2017, dengan 27.4% daripada jumlah bon kerajaan terkumpul pada 20 Disember 2017. Bagi tahun 2017, purata nisbah bida (bid) kepada perlindungan melebihi dua kali ganda.

Manakala jumlah dagangan harian purata pasaran bon sekunder pada tahun 2017 ialah RM3.5 bilion. Pada bulan November 2017, jumlah jualan singkat Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) meningkat kepada RM1.6 bilion.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini