AS Mengugut UN Untuk Menarik Dana Jika Membantah Keputusan Trump Terhadap Jerusalem

0
321

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengundi secara besar-besaran tanda tidak setuju akan keputusan Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel walaupun menerima ancaman dari AS untuk menarik pembiayaan dari badan dunia tersebut. Sebanyak 128 negara mengundi untuk resolusi itu, sementara sembilan mengundi “tidak,” dan 35 negara terkecuali, termasuk Kanada, Mexico dan Australia.

Undian tersebut dilakukan selepas Duta AS, Nikki Haley hadir ke PBB dan mengeluarkan ancaman langsung, mengatakan bahawa Amerika Syarikat akan berfikir dua kali mengenai pembiayaan badan dunia jika ia mengundi untuk mengecam keputusan Trump. “Kami akan mengingatnya apabila kami dipanggil untuk sekali lagi memberikan sumbangan terbesar dunia” kata Haley kepada PBB dan apabila negara anggota lain meminta Washington “membayar lebih dan menggunakan pengaruh kami untuk faedah mereka.”

Haley turut berkata bahawa Amerika Syarikat akan meletakkan kedutaannya di Jerusalem tanpa mengira undi. “Itulah yang rakyat Amerika mahu kami lakukan dan itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan,” kata Haley. “Undian ini akan memberi kesan terhadap bagaimana rakyat Amerika melihat PBB,” katanya. “Dan undi ini akan diingati.”

Kenyataan Haley melambangkan ancaman dari Trump sendiri, yang menyatakan bahawa beliau menonton proses pengundian tersebut pada mesyuarat Kabinet, Rabu. “Biarkan mereka mengundi terhadap kami, kami akan berjimat banyak, kami tidak peduli.”

Beberapa negara seolah-olah terkesan, setelah satu per satu negara mengecam tindakan AS pada sesi kecemasan Perhimpunan Agung PBB, menyatakan keputusan terhadap  Jerusalem sebagai tidak sah, tidak stabil, dan melanggar undang-undang antarabangsa. Kenyataan Haley juga mendapat komen negatif dari John Brennan, yang berkhidmat sebagai pengarah CIA di bawah Presiden Obama mengeluarkan kenyataan di twitternya,  “Ancaman Trump  untuk bertindak balas terhadap negara-negara yang menjalankan hak berdaulat (PBB) untuk menentang kedudukan AS di Yerusalem adalah keterlaluan dan menunjukkan bahawa @realDonaldTrump mengharapkan royalti semata-mata, konformis dan seorang autokrat yang bersikap narsisitik (mementingkan diri).

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini