Kenyataan Dasar Monetari Bank of Japan : Mengekalkan Kadar Faedah

0
269

Pada Mesyuarat Dasar Monetari yang diadakan pagi tadi, ahli lembaga memutuskan bahawa :

  • Pengawalan yield-curve 

Bank memutuskan dengan undi 8-1, untuk menetapkan garis panduan berikut bagi operasi pasaran dalam tempoh mesyuarat.

  1. Kadar Faedah Jangka pendek

Bank akan mengenakan -0.1% kadar faedah sebagai Kadar Dasar serta baki di dalam akaun semasa dipegang oleh institusi kewangan di Bank.

2. Kadar Faedah Jangka Panjang

Bank akan membeli bon kerajaan Jepun (JGB) agar hasil bon 10 tahun tersebut kekal berada pada 0%. Bank juga akan melakukan pembelian berkenaan JBG  bergantung pada amaun yang diperlukan.

  • Garis Panduan Membeli Aset 

Berkenaan dengan pembelian aset selain dari pembelian JGB, Bank memutuskan untuk menetapkan garis panduan seperti yang dipersetujui. Bank akan membeli dana dagangan bursa (Exchange Trade Funds) dan hartanah amanah pelaburan Jepun (Japan Real Estate Investment Trusts) agar jumlah akan terus meningkat pada setiap tahun berjumlah 6 Trilion Yen dan sekitar 90 Bilion Yen. 

Bagi CP dan bon korporat, Bank akan mengekalkan jumlah keseluruhan kira-kira 2.2 Trilion Yen dan sekitar 3.2 Trilion Yen.

Ekonomi Jepun berkembang dalam kadar sederhana, dengan kitaran yang stabil dari pendapatan ke perbelanjaan operasi. Ekonomi luar negara terus berkembang pada kadar yang sederhana secara keseluruhannya yang menyebabkan eksport berada dalam keadaan hawkish. Manakala permintaan domestik turut menggalakkan dengan keuntungan korporat dan sentimen perniagaan yang bertambah baik.

Sehubungan dengan itu, ekonomi Jepun berkemungkinan akan terus berkembang. Permintaan domestik juga menujukkan pergerakan hawkish dengan kitaran yang memberangsangkan dalam sektor korporat dan isi rumah. Eksport juga dijangka meneruskan peningkatan sederhana.

Bank akan meneruskan “Pergerakan Kewangan Kuantitatif dan Kualitatif (QQE) dengan Kawalan Yield Curve” bertujuan untuk mencapai sasaran kestabilan harga sebanyak 2%, selagi perlu bagi mengekalkan kestabilan sasaran itu. 

Bank akan melaraskan dasar yang sesuai, mengambil kira perkembangan dalam aktiviti ekonomi, harga serta keadaan kewangan, dengan tujuan untuk mengekalkan momentum ke arah mencapai sasaran kestabilan harga.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini