Data Minyak Mentah Bagi Minggu Lalu (15 Disember 2017)

0
211

Minyak Mentah

Purata permintaan minyak mentah A.S beranggaran  17.1 juta tong sehari sehingga 15 Disember 2017, 111,000 tong sehari melebihi purata minggu sebelumnya. Kilang penapis beroperasi pada 94.1% dari kapasiti operasinya pada minggu lepas. Import minyak mentah dengan purata 7.8 juta tong sehari pada minggu lepas, meningkat kepada 471,000 tong sehari dari minggu sebelumnya. Dalam tempoh 4 minggu lalu, import minyak mentah berpurata kira-kira 7.4 juta tong sehari, berkurang 6.2% daripada 4 minggu tahun lalu.

Petrol

Pengeluaran petrol menurun pada minggu lepas dengan purata 10.1 juta tong sehari. Pengeluaran bahan api yang telah disuling (tapis) menurun pada minggu lepas dengan purata 5.2 juta tong sehari. Jumlah import petrol (motor) minggu lepas berpurata 487,000 tong sehari. Manakala jumlah import bahan api yang telah disuling berpurata 380,000 tong sehari pada minggu lepas.

Inventori minyak mentah komersial A.S menurun sebanyak 6.5 juta tong dari minggu sebelumnya. Manakala inventori minyak mentah A.S berada pada tengah-tengah julat purata bagi tempoh tersebut. Jumlah inventori petrol (motor) meningkat sebanyak 1.2 juta tong pada minggu lalu dan hampir melepasi had tertinggi julat purata.

Inventori petrol (finished) menurun sementara inventori komponen campuran meningkat pada minggu lalu. Inventori bahan api yang telah disuling meningkat 0.8 juta tong minggu lalu tetapi berada di bawah paras purata dalam tempoh tersebut.

Inventori propana / propilena turut menurun sebanyak 3.3 juta tong minggu lalu, dan berada di tengah-tengah julat purata. Jumlah inventori petroleum komersial menurun sebanyak 14.2 juta tong pada minggu lepas.

Jumlah produk yang dibekalkan dalam tempoh empat minggu terakhir berpurata 20.3 juta tong setiap hari, meningkat sebanyak 2.6% dari tempoh yang sama tahun lepas. Sepanjang empat minggu yang lalu, inventori petrol (motor)
dibekalkan dengan purata 9.0 juta tong sehari, meningkat sebanyak 0.4%.

Produk bahan api yang telah disuling dibekalkan dengan purata 4.0 juta tong sehari pada empat minggu lepas, turun 1.2% . Pembekalan produk bahan api jet
meningkat 10.6% berbanding tempoh empat minggu yang sama tahun lepas.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini