Saham Asia Terkesan Disebabkan Perubahan Undang-Undang Pemotongan Cukai A.S

0
246

 

Saham Asia tidak stabil pada Rabu selepas penanda aras A.S. jatuh, berikutan para pelabur menunggu undi terakhir bagi undang-undang pemotongan cukai A.S. Hasil bon turut meningkat, menjadi fokus utama terhadap peningkatan penawaran pada tahun 2018. 

Bacaan di Jepun dan Korea Selatan menguntungkan para pedagang, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong berubah-ubah. Indeks S & P 500 susut pada selasa. 

Majoriti pengurus dana melihat potongan cukai A.S. bakal meningkatkan hasil bon, bersama dengan saham tahun depan dengan tinjauan bulanan Bank of America Merrill Lynch. Walaubagaimanapun83% daripada responden melihat pasaran bon sebagai overvalued.

Pertaruhan Amerika baru-baru ini sedikit sebanyak membantu dolar, yang didagangkan  berbanding euro dan yen. Data minyak mentah turut meningkat selepas berita penurunan di stok minyak mentah A.S.

Saham berkaitan pelancongan Korea Selatan, seperti pengeluar kosmetik, akan menjadi tumpuan setelah China sekali lagi mengharamkan pakej lawatan kepada negara jirannya.

Berikut merupakan pergerakan utama dalam pasaran :

Saham

  • Indeks Topix Jepun naik 0.2% pada 10:40 pagi di Tokyo, manakala Nikkei 225 Stock Average naik 0.1%

  • Indeks Hang Seng Hong Kong dan Indeks Komposit Shanghai turun 0.1%

  • Niaga hadapan Indeks S & P 500 meningkat 0.2 peratus selepas petunjuk mendatar menurun 0.3% pada Selasa.

  • S & P / ASX 200 Australia sedikit berubah.

Matawang

  • Euro diniagakan pada $ 1.1845 selepas meningkat 0.5% pada selasa
  • Yen Jepun berada pada 112.92 per Dolar selepas tergelincir 0.3% 

Bon

  • Hasil Treasury 10 tahun melonjak 7 poin pada Selasa kepada 2.46%, jatuh pada 2.45% pada awal dagangan Rabu.

Komoditi

  • Minyak mentah West Texas Intermediate sedikit berubah pada $ 57.76 setong selepas meningkat 0.7% pada Selasa.
  • Emas berada pada $ 1,262.65 ounce.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini