A.S : Senat Meluluskan Rancangan Pemotongan Cukai GOP

0
280

Senat telah meluluskan pelan cukai GOP, Dewan perlu mengundi semula pada pagi Rabu. Setelah itu, Senat telah meluluskan perubahan terakhir bagi membaikpulih semula kod cukai Amerika Syarikat dalam tempoh lebih 30 tahun, menjadikan Presiden Donald Trump dan wakil-wakil Kongres beliau kemenangan perundangan luar biasa serta menjadi yang paling penting pada tahun 2017.

Rang undang -indang tersebut diluluskan dengan hasil undian 51-48 yang diumumkan oleh Naib Presiden, Mike Pence yang mengawal selia proses undian. Sen Jeff Flake, Republikan yang tidak diisytihar, mengundi ya.

Dewan telah meluluskan pelan itu pada Selasa tetapi berikutan perubahan teknikal yang perlu diselesaikan oleh Senat, maka undang-undang tersebut dikembalikan kepada Dewan pada Rabu untuk diteliti semula dan dijangka lulus.

Undang-undang tersebut akan ditandatangan oleh Presiden sebelum cuti krismas serta menjanjikan Parti Republikan kebebasan untuk mencadangkan pelepasan cukai menjelang akhit tahun. Pemimpin minoriti Senat, Chuck Schumer menyuarakan pendapatnya kepada rakan sekerja¬† untuk mengundi “ya” terhadap rancangan undang-undang pemotongan cukai tersebut.

“Hal ini merupakan satu perkara yang paling penting yang boleh kita lakukan untuk sekali lagi menjadikan Amerika negara terbaik bagi menjalankan perniagaan, “kata Republikan Wisconsin.

Kini, Republikan semakin hampir mencapai kemenangan perundangan utama mereka pada tahun ini, yang bukan sahaja menyampaikan janji kempen untuk membaik pulih sistem cukai AS, malahan berikrar untuk memansuhkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada Akta Penjagaan Mampu serta GOP yang lain dan menamatkan penalti yang terikat oleh mandat Obamacare untuk mendapatkan insurans kesihatan.

Analisis yang baik, tinjauan yang ketat, tidak menjadi penghalang parti Republik untuk bergerak ke depan menguatkuasakan rang undang-undang ini.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini