Penambahbaikan Skim KWSP

0
187

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah “meningkatkan dan mempermudahkan” dasar-dasarnya untuk membolehkan ahli berusia 55 dan 60 membuat pengeluaran sebahagian daripada sebarang jumlah pada bila-bila masa mulai Januari depan.

Selaras dengan misi membantu memperkasakan ahli untuk menangani cabaran kekurangan simpanan persaraan, KWSP telah menjalankan Kempen Rundingan Ahli dari 21 April hingga 5 Mei 2015 untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada ahli KWSP berkaitan beberapa cadangan untuk menambah baik skim persaraan sedia ada.

Keputusannya:

Pengeluaran Umur 55 Tahun Kekal, Memperkenalkan Pengeluaran Umur 60 Tahun

  • Seramai 94 peratus ahli bersetuju dengan cadangan KWSP mengekalkan pengeluaran penuh pada umur 55 tahun, dengan caruman baharu selepas umur 55 hingga 60 tahun hanya boleh dikeluarkan pada umur 60 tahun.
Had Pengkreditan Dividen Dilanjutkan Hingga Ahli Berumur 100 Tahun
  • Seramai 61 peratus bersetuju dengan cadangan KWSP melanjutkan pembayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun agar ahli terus menikmati kesan penggandaan pulangan simpanan persaraan mereka.

Melanjutkan had umur bantuan kematian ahli RM2,500 dari 55 tahun ke 60 tahun.

*Skim tersebut mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

Sumber: KWSP

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini