Negara baru bagi umat manusia : Facebook.com

0
264

Nama awalan Facebook.com adalah TheFacebook.com. Tujuan rangkaian sosial ini dibangunkan untuk menghubungkan pelajar-pelajar yang berada di Harvard University.

TheFacebook.com bersumberkan inspirasi daripada laman web beliau sebelumnya iaitu Facemash.com yang dibangunkan pada tahun 2003 dan digunapakai untuk membandingkan 2 wanita cantik ” Who’s hotter ” malangnya laman web ini tidak disukai ramai oleh pelajar Harvard University dan beliau menerima pelbagai tomahan khususnya daripada pelajar wanita kerana bagi mereka Mark telah mencabul hak peribadi.

Pada bulan Febuari 2004 Mark Zuckerberg membangunkan  laman web TheFacebook.com dalam masa seminggu sahaja dan kemudian beliau menerima 10,000 U.S Dolar daripada Eduardo Saverin iaitu rakan sekelasnya untuk meletakkan 30% sahamnya sekaligus menjadi rakan kongsi dan Co-Founder.

Tahun 2005 TheFacebook.com telah diringkaskan menjadi Facebook.com sahaja serta bekerjasama dengan Apple dan Microsoft untuk memperluaskan lagi pasaran laman web ini. Facebook kini mempunyai 2 Billion pengguna yang aktif setiap bulan. Terdapat 23, 165 pekerja pada 30 September 2017 di bawah syarikat gergasi ini. Ibu pejabat rasmi Facebook.com adalah di Menlo Park, California United States. 

Nilai saham apungan Facebook.com di NASDAQ setakat ini ialah 511.11 Billion U.S Dolar . Pengasasnya Mark Zuckerberg juga telah tersenarai 10 individu yang terkaya di dunia pada hari ini dengan Net Worth tahunan belia sebanyak 72.3 Billion U.S Dolar .

When you give everyone a voice and give people power, the system usually ends up in a really good place. So, what we view our role as, is giving people that power. – Mark Zuckerberg

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini