Kenyataan Penetapan Polisi Monetari ECB : Kenyataan Rasmi

0
246

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah dengan 0.00% serta memberi kenyataan bahawa pembelian bon bakal dikurangkan bermula Januari 2018.
Mario Draghi dengan caknanya menjalankan tanggungjawab beliau mengekalkan peratusan kadar faedah 2 tahun berturut-turut.

ECB turut mengesahkan pengurangan pembelian bon sebanyak €30 Bilion atau lebih bermula Januari sehingga September 2018 seperti yang dinyatakan oleh beliau awal Disember.

Secara keseluruhannya, kenyataan polisi ECB menunjukkan bahawa ECB masih mengekalkan rangsangan kepada pengukuhan pasaran serta dasar monetari yang kukuh yang dijangka berlanjutan sehingga selepas bulan September 2018.

“Jika keadaan menjadi kurang stabil, atau pasaran kewangan meragukan dengan pergerakan yang berubah ke arah inflasi yang mengukuh, Ahli ECB bersedia untuk meningkatkan program pembelian bon”, ulas ECB, yang menyatakan bahawa bank pusat sedia menerima pelonggaran polisi jika diperlukan.

Setelah pembelian bon berakhir, bank pusat juga akan meneruskan pelaburan semula pembayaran prinsipal dari sekuriti (nilai aset) yang telah matang di bawah APP (Asset Purchase Program).

Susulan daripada keputusan itu, Euro melemah dari harga 1.1860 kepada 1.1791 berbanding USD. Indeks Euro dilihat melemah di bawah paras 95.00 iaitu 94.55 indeks semasa. Perubahan sebanyak -0.57%.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini