Gabenor Ke-31 Bank Negara Jepun : Haruhiko Kuroda

0
345

Kuroda Haruhiko dilahirkan pada 25 Oktober 1944 dan menjawat jawatan Gabenor Bank Negara Japan yang ke 31 bermula 9 April 2013 hingga 8 April 2018 setelah berkhidmat sebagai Presiden Bank Pembangunan Asia dari 1 Januari 2005 hingga 18 Mac 2013.

Kuroda mendapat kelulusan  Undang-Undang daripada Universiti Tokyo dari tahun 1963 sehingga 1967. Beliau kemudiannya menyertai Kementerian Kewangan setelah tamat pengajian dan meneruskan pendidikan beliau di Oxford University dalam Sarjana Ekonomi dari 1969 hingga 1971.

Beliau terus menjawat pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan,seterusnya jawatan Naib Menteri Kewangan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (1999-2003).

Beliau meletak jawatan dari kementerian pada Januari 2003 dan dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Kabinet pada bulan Mac 2003. Dari 2005 hingga 2013, beliau berkhidmat sebagai Presiden Bank Pembangunan Asia.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini