Apple Inc. : Sejarah Penubuhan & Pengasas

1
1298

Sejarah Apple Inc.

Apple Computer Company ini mula ditubuhkan pada tahun 1976-1977. Kemudian ditukarkan kepada Apple Inc pada tahun 2007. Ibu pejabat Apple terletak di Cupertino, California, U.S.A. Jenama Apple ini diasaskan oleh Steve Job (Founder) dan Steve Wozniak (Co Founder). Mereka berdua adalah rakan rapat sejak 1971, di mana pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak yang berusia 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mempelawa Wozniak untuk memasang peralatan bagi menghasilkan sebuah mesin komputer dan kemudian merancang untuk menjualnya. Selepas peristiwa itu mereka mula mempelbagaikan idea untuk menjana hasil yang luar kebiasaan. Kejayaan demi kejayaan mereka kecapi.

Maka tercetuslah syarikat gergasi ini dalam bidang teknologi dengan produk pertama yang mereka lancarkan adalah Apple I. Disusuli dengan Apple II pada tahun 1977.

Kini Apple Inc tersenarai di dalam pasaran NASDAQ ( National Association of Securities Dealers Automated Quotation ) yang dilabelkan sebagai ”AAPL” dengan nilai apungan di dalam pasaran sebanyak 884.49 Billion U.S Dolar sekaligus menjadi syarikat yang paling bernilai di dunia. Apple Inc juga mendapat gelaran sebagai Brand yang paling tertinggi nilainya selepas Google iaitu 170.0 Billion U.S Dolar.

CEO semasa iaitu Tim Cook diangkat menjadi pengerusi selepas kematian Steve Job pada tahun 2011. Beliau juga salah seorang daripada rakan kongsi Steve Job dan individu yang dipercayai untuk mengemudi kapal Apple selepas ketiadaan pengasas asal. Antara sumbangan Tim Cook adalah  beliau berjaya meningkatkan jualan Iphone sebanyak 859 Juta unit sekitar tahun 2011-2017.

 

“THE ONES WHO ARE CRAZY ENOUGH TO THINK THAT THEY CAN CHANGE THE WORLD, ARE THE ONES WHO DO”-STEVE JOBS

 

 

 

 

 

1 KOMEN

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini