Tuduhan Rasuah Menyebabkan CEO Airbus Bakal Diganti

0
197

Ahli Lembaga AirBus berpendapat bahawa CEO AirBus perlu diganti tetapi bukan dalam jangka masa singkat ini berikutan tuduhan rasuah yang tidak dapat ditanggung oleh syarikat. Penganalisis Kepler, Christophe Menard mengatakan bahawa tuduhan tersebut cukup serius bagi ahli lembaga menggantikan Tom Enders dengan CEO yang baru.

Namun, Enders menyatakan bahawa “Keputusan mengenai masa depan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Airbus tidak diambil alih oleh Perancis atau kerajaan Perancis atau mana-mana kerajaan,”, “Mandat (kontrak) semasa saya masih sah sehingga April 2019 dan saya akan kekal bertugas sepanjang tempoh tersebut”. Beliau turut menyatakan bahawa kontraknya harus ditentukan dalam konsultasi bersama ahli lembaga.

Airbus tidak mampu untuk mengetepikan isu penggantian, kerana mencari seorang ketua baru boleh mengambil masa. Calon yang tersenarai mungkin termasuk Patrice Caine, CEO pakar avionik Thales SA, dan Thierry Breton, yang mengetuai perkhidmatan digital dan syarikat penyumberan luar Atos SE, menurut Le Figaro. Kumpulan itu melaporkan pendapatan penuh tahunan pada 15 Februari dan dijangka mengadakan mesyuarat tahunannya bersama pelabur pada bulan April tahun hadapan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini