PepsiCo Membuat 100 Tempahan Trak Tesla Terbaru

0
236

PepsiCo mengumumkan pada hari Selasa bahawa ia telah menempah 100 rig semi-traktor berkuasa bateri setelah Tesla melancarkan Semi-Traktor Treler Elektriknya yang baru. 

Semi-Traktor Trak Tesla dengan kuasa solar “Megacharger”

Pembekal makanan dan minuman ringan itu memberitahu Reuters bahawa ia akan menggabungkan 10,000 kenderaannya dengan Tesla bagi penghantaran berjarak dekat yang berupaya membawa bebanan hingga 80,000 poun sepanjang 300 batu hingga 500 batu per-cas dengan memakan masa 30 minit sahaja bagi setiap proses pengecasan.

Trak Tesla itu juga mempunyai ciri Pemanduan Auto (Auto-Pilot) yang membolehkan kelajuan trak tersebut dikawal secara automatik ketika kesesakan yang teruk. Ia juga membolehkan trak kekal berada di dalam laluan bagi jangka masa yang lama.

 

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini