Kenali Matawang Euro ( € )

0
195

Matawang Euro berasal daripada Perjanjian Maastricht pada 1992 dan akhirnya diterima di Kesatuan Eropah serta menggantikan matawang dari kebanyakan negara ahli.  Hal yang demikian menjadikan Euro sebagai salah satu matawang yang sering diniagakan dalam pasaran, kedua selepas A.S.

Euro (€ ) merupakan matawang rasmi di negara-negara Eurozone termasuk :

  • Austria
  • Belgium
  • Cyprus
  • Estonia
  • Finland
  • Perancis
  • Jerman
  • Greece
  • Ireland
  • Itali
  • Latvia
  • Lithuania
  • Luxembourg
  • Malta
  • Belanda
  • Portugal
  • Slovakia
  • Slovenia
  • Sepanyol

Euro merupakan matawang yang mempunyai nilai gabungan tertinggi di dunia, melebihi A.S serta dikawal selia oleh Bank Pusat Eropah (European Central Bank-ECB) yang beribu pejabat di Frankfurt dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah (European System Central Bank-ESCB) yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli Eurozone. 

ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar matawang, manakala ESCB membantu mencetak, mengilang dan menagihkan wang kertas & syiling di setiap negara ahli.Negara-negara ahli ini diwajibkan memenuhi kriteria tetap seperti :

  • Defisit belanjawan kurang daripada 3%daripada KDNK
  • Nisbah hutang kurang daripada 60% daripada KDNK
  • Inflasi rendah
  • Kadar bunga hampir sama dengan purata EU

Economic News daripada negara Jerman, Perancis & Itali merupakan faktor penting bagi pergerakan pasaran Euro.
Jerman menguasai ekonomi terbesar di Eropah, ketiga terbesar di dunia dari faktor KDNK & kelima dari kuasa membeli.

Jerman juga merupakan negara pengeksport terbesar di dunia  serta manjadikan ia faktor utama sumber kekayaan negara ini.

Antara syarikat & jenama yang terbesar disenaraikan di bursa saham dunia adalah:

  • Daimler
  • Volkswagen
  • Allianz
  • Siemens
  • Deutsche Bank
  • E.ON
  • BASF
  • Adidas
Wang Kertas 10 Euro

**Defisit belanjawan = Nisbah Hutang

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini