Dasar Monetari The Fed (FOMC)

0
434

Istilah Dasar Monetari  (Monetary Policy) merujuk kepada tindakan yang dilaksanakan oleh Bank Pusat seperti Rizab Persekutuan (Federal Reserve), untuk mempengaruhi pergerakan wang dan kredit serta membantu mempromosikan pertumbuhan ekonomi.

Rizab Persekutuan (The Federal Reserve) memainkan peranan mengawal tiga mekanisma Dasar Monetari iaitu :

  1. Operasi Pasaran Terbuka (Open Market Operations)
  2. (Discount Rate)
  3. (Reserve Equipment)

Ahli Lembaga Sistem Rizab Persekutuan (The Board of Governers of Federal Reserve System) bertanggungjawab di atas kadar faedah  dan keperluan persekutuan manakala Ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (Federal Open Market Committee) bertanggungjawab di atas operasi pasaran terbuka (Open Market Operations). 

Perubahan Kadar Dana Persekutuan mencetus rantaian kesan yang menjejaskan kadar faedah jangka pendek yang lain, kadar tukaran asing, kadar faedah jangka panjang, jumlah wang dan kredit serta pelbagai pembolehubah ekonomi termasuk pekerjaan, penghasilan serta harga barangan dan perkhidmatan.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (Federal Open Market Committee) mempunyai 12 orang ahli, tujuh anggota Lembaga Gabenor Sistem Rizab Persekutuan; presiden Federal Reserve Bank of New York; dan empat daripada sebelas presiden Bank Rizab yang tinggal, yang berkhidmat selama satu tahun secara bergilir.

Kerusi bergilir-gilir diisi dari empat kumpulan mengikut Bank, satu presiden Bank dari setiap kumpulan: Boston, Philadelphia, dan Richmond; Cleveland dan Chicago; Atlanta, St. Louis, dan Dallas; dan Minneapolis, Kansas City, dan San Francisco. Presiden yang tidak terlibat dalam undian menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Presiden Rizab , mengambil bahagian dalam perbincangan, dan menyumbang kepada penilaian Jawatankuasa tentang pilihan ekonomi dan dasar ekonomi. 

FOMC mengadakan mesyuarat 8 kali setiap tahun. Di dalam mesyuarat, Ahli Jawatankuasa mengkaji keadaan ekonomi dan kewangan, menentukan dasar monetari yang sesuai, dan menilai risiko kepada matlamat jangka panjang bagi kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini