Brexit : Kejayaan di Brussels Setelah Bergelut Satu Minggu

0
201

Eropah dan Kesatuan Eropah mencapai satu kejayaan penting dalam mengejar perjanjian Brexit pada hari Jumaat, memecah kebuntuan yang membolehkan rundingan berada di tahap kedua yang penting.

Selepas malam diplomasi di saat-saat akhir, Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker dan Perdana Menteri Britain Theresa May mengumumkan penemuan itu pada sidang akhbar awal pagi di Brussels.

Demikian, kedua belah pihak mencapai kesepakatan mengenai isu sensitif sejarah sempadan Ireland, yang mengancam akan menggagalkan perundingan itu ketika mereka menghadapi kesukaran pada awal minggu ini. Perbincangan kini boleh beralih kepada isu yang lebih rumit tentang hubungan perdagangan masa depan antara UK dan EU.

Kejayaan ini merupakan pencapaian yang besar bagi May serta perunding EU yang khuatir bahawa perundingan perjanjian tidak dapat dilaksanakan.

Perjanjian telah dipersetujui dengan tiga isu utama :

  • Bil “Penceraian” Brexit Britain
  • Hak-hak Rakyat EU di UK setelah Brexit & sempadan Ireland
  • Toleransi antara kedua belah pihak

Pengaturan sempadan antara Northen Ireland dan Republic of Ireland yang masih kekal di EU, telah menjadi suatu kerisauan disebabkan oleh kemungkinan untuk ekonomi kedua-dua negara jatuh serta keamanan di Utara tergugat.

Berikutan perbincangan lewat malam antara Konservatif May dan rakan kongsi pentadbirannya, Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara, bergegas ke Brussels pada Jumaat.

Bersama May di Brussels,Juncker berkata, “Kita perlu membuat perjanjian hari ini”, sebelum tarikh perundingan tamat iaitu pada 14 Disember 2017.

 “Kemajuan yang mencukupi kini telah dibuat atas tiga syarat perceraian itu,” kata Juncker.

Ia merujuk kepada syarat-syarat yang telah diminta oleh EU mengenai beberapa isu termasuk sempadan Ireland. Rundingan untuk UK untuk meninggalkan EU kini boleh diteruskan ke peringkat seterusnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini