Gabenor Bank Negara Malaysia :Tan Sri Datuk Muhammad

0
373

Tan Sri Datuk Muhammad Bin Ibrahim merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke 8 setelah Tan Sri Dr. Zeti Aziz bersara. Beliau dilahirkan pada tahun 1960 dan telah mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh setelah menerima kelulusan daripada John F. Kennedy School of Government, Harvard University pada 1993 (lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran  Awam ) . Pada 2010, beliau kemudiannya menjalani Program Pentadbiran Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University. Malahan, beliau juga menerima Diploma Pascasiswazah dalam Perbankan Islam di Uiversiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dari Universiti Malaya.

Tan Sri Datuk Muhammad memulakan karier beliau pada 1984 setelah bertugas di Bank Negara Malaysia. Beliau menjawat jawatan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad ketika Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 sebelum memgang jawatan Penolong Gabenor pada tahun 2004. Beliau meneruskan lagi karier beliau di Bank Negara Malaysia setelah dicalonkan menjadi Timbalan Gabenor dan mula bertugas pada Jun 2010. Dalam pada itu, beliau juga merupakan seorang Ahli Jawatankuasa dalam Penstabilan Kewangan dan Polisi Monetari serta beberapa lagi jawatan dalam badan kerajaan dan syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) dalam tahun yang sama.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1 Mei 2016. Empat tahun sebelum beliau menjawat jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Tan Sri Datuk Muhammad telah berkhidmat di Bank Negara Malaysia selama 32 tahun dalam pelbagai bahagian. Beliau juga bertanggungjawab dalam Pembangunan Pasaran Kewangan dan Operasi Perbendaharaan termasuk Tukaran Matawang Asing & Pengurusan Rizab Bank Pusat. Tambahan pula, penglibatan beliau secara aktif dalam usaha kolaboratif dengan Bank Pusat Serantau bagi menggalakkan rangkaian transaksi antara negara dalam Perdagangan & Pelaburan menunjukkan kesan yang positif.

Bank pusat bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan monetari dan kewangan, dan terus memberikan tumpuan pada agenda strategik di samping berusaha menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia” – Tan Sri Muhammad

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini