Kenali Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia : Zeti Akhtar Aziz

1
637

Y.M. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Tun Dr. Ungku Abdul Aziz atau dikenali sebagai Zeti Akhtar Aziz merupakan mantan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke 7 selepas Allahyarham Ali Abul Hassan Sulaiman sekaligus menjadikan beliau wanita pertama menyandang jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1974 di Johor Bahru. Tan Sri Dr. merupakan anak tunggal kepada tokoh ilmuan terkenal, Professor Diraja, Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Beliau menjawat jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia selama 16 tahun dari 1 Mei 2000 hingga 30 April 2016. Beliau juga telah berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang cahaya mata ( Alif Ayman & Aziz Ayman ).

Tan Sri Zeti Aziz telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Beliau kemudiannya menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi Analitikal sebelum melanjutkan pelajaran di Wharton School of the University of Pennsylvania ke peringkat Sarjana & Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz semasa majlis konvokesyen bersama ibu bapanya.

Pada tahun 1979, beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan  dan Latihan Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre). Selepas 6 tahun berkhidmat, beliau kemudiannya menyertai Bank Pusat Malaysia sebagai timbalan pengurus di jabatan ekonomi. Tan Sri Zeti juga telah dihantar ke London sebagai Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London pada 1989 sehingga 1994 dan dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia setelah pulang ke Malaysia.

Tan Sri Dr. Zeti Aziz menunjukkan kecemerlangan prestasi beliau setelah dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara yang mengetuai pasukan kawalan pertukaran semasa  krisis kewangan Asia memuncak pada 1 September 1998 sebelum menjawat jawatan Timbalan Gabenor, dua tahun sebelum beliau bertanggungjawab menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1 Mei 2000.

Beliau telah memberi sumbangan yang sangat besar terhadap negara apabila Malaysia berjaya menjalani pemulihan daripada krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia lebih pantas daripada yang dijangka di bawah pentadbiran beliau. Malahan, beliau sangat aktif dalam mempromosikan perbankan islam di Asia Barat serta membolehkan beliau menerima Anugerah Bank Pembangunan Islam dalam Kewangan dan Perbankan Islam .

Kepakaran dan kewibawaan beliau bukan hanya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bahkan juga oleh dunia kewangan antarabangsa dan telah terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. 

Wang Kertas Ringgit Malaysia Ditandatangani Oleh Tan Sri Dr. Zeti Aziz

1 KOMEN

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini