Jerome Powell Bakal Pengerusi The Fed : Trump

0
270

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan bahawa Jerome Powell akan mengambil alih jawatan Janet Yellen sebagai Pengerusi The Fed bermula Februari 2018.

Trump dikatakan melanggar tradisi perlantikan Pengerusi yang lalu dengan mencalonkan Powell sebagai Pengerusi The Fed yang baru sebelum penggal perkhidmatan Yellen berakhir.

Walaubagaimanapun, Powell mempunyai cara pemikiran dan undian yang mirip dengan Yellen. Oleh itu, “dari perspektif dasar monetari, arahan kepimpinan beliau tidak mungkin berubah secara ketara” kata ahli lembaga yang lain.

Beliau hanya berbeza dari Yellen pada peraturan perbankan sahaja. Di sini, beliau menunjukkan sikap yang lebih tenang, mengatakan pada Oktober bahawa “sudah tentu undang-undang mempunyai peranannya tersendiri tetapi¬† kesannya terhadap pasaran harus selalu diambil kira dimana keseimbangan perlu dititikberatkan dan peraturan yang terlalu berlebihan bukanlah jalan penyelesaian bagi setiap masalah”.

 

KONGSI
Artikel sebelumnyaIsu Jawatan Janet Yellen
Artikel seterusnyaJanet Louise Yellen

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini