Janet Louise Yellen

1
325

Janet Louise Yellen atau dikenali sebagai Janet Yellen dilahirkan pada 13 Ogos 1946 di Brooklyn, New York. Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Pesekutuan dan juga ahli ekonomi AS. Beliau pernah menyandang jawatan Naib Pengerusi pada 2010 hingga 2014, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rizab Persekutuan San Fransisco, Pengerusi Dewan Penasihat Ekonomi dan Professor perniagaan di University of California, Burkley. 

Janet Yellen menerima ijazah beliau dalam bidang ekonomi pada tahun 1967 dan beliau juga menerima PhD dalam bidang ekonomi dari Universiti Yale pada tahun 1971. Beliau telah berkahwin dengan George Akrlot yang juga seorang ahli ekonomi dan mempunyai seorang anak iaitu Robert Akrlot, juga seorang ahli ekonomi.

Tugas utama beliau adalah untuk menjalankan mandat The Fed. Beliau bertanggungjawab untuk mengawal dan mencapai matlamat The Fed untuk memaksimakan peluang pekerjaan, penstabilan harga dan penetapan kadar faedah yang sederhana bagi jangka masa yang lama.  

Yellen telah dicadangkan oleh Barrack Obama untuk menggantikan Ben Bernanke sebagai Ketua Rizab Persekutuan AS. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut pada 3 Februari 2014.

Beliau merupakan ahli ekonomi dengan Dewan Rizab Persekutuan pada tahun 1977 dan dilantik sebagai Ahli Dewan Rizab Persekutuan seterusnya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat ekonomi Majlis Presiden Bill Clinton dari 18 Februari 1997 hingga 3 Ogos 1999 sebelum menyandang jawatan Naib Pengerusi Sistem Bank Rizab Persekutuan (The Federal Reserve).

Pencapaian beliau merangkumi:

  • Penerimaan pingat Wilbur Cross daripada Yale pada 1997
  • Digelar Doktor undang-undang kehormat dari Brown pada 1998
  • Tersenarai sebagai 50 individu paling berpengaruh di dalam majalah Bloomberg.
  • Merupakan wanita kedua paling berkuasa dunia menurut Forbes.
  • Menerima Ijazah Doktor Kehormat dari University of Warwick

1 KOMEN

  1. Hey there great website! Does running a blog like this
    take a massive amount work? I have very little expertise in computer
    programming however I had been hoping to start my own blog in the near future.
    Anyway, if you have any ideas or tips for new blog owners please share.
    I understand this is off topic however I just had to ask.
    Appreciate it!

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini