Isu Jawatan Janet Yellen

3
260

Pengerusi The Fed, Janet Yellen mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan apabila Jerome Powell sah diputuskan menjadi pengerusi seterusnya.

Yellen dijadualkan menamatkan perkhidmatan beliau pada penggal kedua iaitu pada tahun 2024. Namun beliau memilih untuk mengikuti tradisi perletakan jawatan seperti pengerusi-pengerusi sebelumnya. Beliau dijangka melepaskan jawatan beliau pada Februari 2018.

Pengusulan perlantikan pengerusi baru, Jerome Powell oleh Donald Trump menjadikan hal ini satu isu yang diberi perhatian ramai. Tindakan Trump berbuat sedemikian menimbulkan tanda tanya dunia kerana beliau seharusnya melantik pengerusi baru setelah tamat penggal perkhidmatan pengerusi terkini iaitu Yellen.

Ahli Senat Bank sudah menetapkan tarikh perbicaraan pencalonan pada minggu hadapan tetapi proses pengundian masih belum dijadualkan.

Yellen menyuarakan kepuasan beliau apabila kedudukan kewangan AS lebih memberangsangkan dan mengukuh berbanding tahun-tahun sebelumnya setelah berlaku krisis kewangan yang agak membimbangkan.

Keputusan beliau untuk tidak meneruskan perkhidmatan membuka peluang bagi Trump untuk menggubal semula ahli lembaga The Fed.

3 KOMEN

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini